SAMBUTAN JUBLI EMAS MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD – MENGUKIR LEGASI, MENERUSKAN ASPIRASI

News img Pic 1 3

Pada 22 September 2026, MajuPerak Holdings Berhad telah meraikan Majlis Makan Malam Jubli Emas bersempena ulang tahun ke-50 penubuhannya, bertempat di Casuarina@Meru, Ipoh, dengan tema “A Night of Elegance & Prestige”. Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh *YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad*, dan turut diserikan dengan kehadiran barisan EXCO Kerajaan […]

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PEMBANGUNAN EKO PELANCONGAN DI TEMENGOR ANTARA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK, SYARIKAT MAJUPERAK BERHAD DAN PEAK EDUCATION LIMITED.

News img Pic 1 2

Syarikat Majuperak Berhad (SMB) bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan PEAK Education telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru pada 22 September 2026. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor yang menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik […]

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA MERSB DAN MEGAJANA

News img Pic 1 1

Majuperak Pada 15 September 2026, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majuperak Energy Resources Sdn. Bhd. (MERSB) dan Pendinginan Megajana Sdn. Bhd. (Megajana) telah diadakan bagi meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan District Cooling System (DCS) serta penyelesaian sistem penyaman udara. Kerjasama ini merangkumi usaha mengenal pasti peluang berpotensi bagi pembangunan sedia ada dan akan datang, […]

MAKLUMAN RASMI DARIPADA MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD

MAKLUMAN RASMI 4 2

Dimaklumkan bahawa Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd., yang terlibat dalam operasi pengurusan sisa pepejal di Daerah Manjung dan Kerian, tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan korporat dengan Majuperak Holdings Berhad. Untuk makluman, pada 22 Mei 2026, Majuperak Holdings Berhad telah memperoleh perintah mahkamah bagi mengarahkan pengeluaran penggunaan nama “Majuperak” daripada nama korporat Majuperak Utilities Management […]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (ANNUAL GENERAL MEETING – AGM) KALI KE-23 TAHUN 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 4 1

Majuperak Holdings Berhad telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting – AGM) Kali Ke-23 Tahun 2026 dengan lancar dan teratur, mencerminkan komitmen syarikat terhadap amalan tadbir urus korporat yang baik, ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan organisasi. Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi membentangkan prestasi kewangan dan operasi syarikat, pencapaian strategik sepanjang tahun, serta […]

MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD KELUAR STATUS AFFECTED LISTED ISSUER

8.6 MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD KELUAR STATUS AFFECTED LISTED ISSUER.jpg

Ipoh, Perak, 19 Mei 2026 — Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) menyambut baik pengumuman Bursa Malaysia berhubung pengeluaran status Affected Listed Issuer terhadap Majuperak Holdings Berhad (Majuperak) yang berkuat kuasa mulai jam 9.00 pagi hari ini. Perkembangan ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan pemulihan syarikat dan mencerminkan keberkesanan langkah penstrukturan serta pengukuhan yang telah […]

Majlis Hi Tea bersama pemegang saham Majuperak

8.5 MAJLIS HI TEA BERSAMA SHAREHOLDERS.jpg

Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah mengadakan Sesi Minum Petang Bersama Pemegang Saham pada 9 Mei 2026 bertempat di 1969 D’Kelly Hotel sebagai platform menghargai sokongan berterusan para pemegang saham terhadap perkembangan dan hala tuju syarikat. Sesi ini memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk berkongsi pencapaian semasa, perkembangan projek-projek strategik serta perancangan masa hadapan MHB dalam […]

Majlis santai – santai open day ardea

8.4 Majlis Santai Santai Open Day.jpg

Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah mengadakan Majlis Santai-Santai Open Day Ardea yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak bersama barisan pengurusan Majuperak Holdings Berhad (MHB) yang diketuai oleh Ketua Eksekutif PKNPk merangkap Pengerusi Eksekutif MHB, Datuk Redza Rafiq. Majlis ini turut memberi peluang […]

Pemeteraian Perjanjian Konsesi Pengurusan dan Pembangunan Gua Tempurung.

8.3 Perjanjian Gua Tempurung

Majuperak Holdings Berhad (MHB) hari ini telah memeterai Perjanjian Konsesi selama 21 tahun bersama Majlis Daerah Kampar (MDK) bagi pengurusan dan pembangunan Tapak Ekopelancongan Gua Tempurung, salah satu aset pelancongan ikonik Negeri Perak. Perjanjian ini merangkumi kawasan seluas 79.54 ekar dan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fokus terhadap penambahbaikan kemudahan awam, pembangunan infrastruktur serta pengurusan […]

Taman Tasik Ardea: Menyahut Aspirasi Perumahan Mampu Milik di Bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

8.2 Taman Tasik Ardea

Majuperak Holdings Berhad (MHB), anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), hari ini secara rasmi melancarkan projek perumahan terbaharu mereka, Taman Tasik Ardea, sebuah komuniti kediaman yang dirancang dengan teliti di Mukim Sungai Terap, Batu Gajah. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, yang turut menzahirkan komitmen […]