Majuperak Pada 15 September 2026, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majuperak Energy Resources Sdn. Bhd. (MERSB) dan Pendinginan Megajana Sdn. Bhd. (Megajana) telah diadakan bagi meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan District Cooling System (DCS) serta penyelesaian sistem penyaman udara.
Kerjasama ini merangkumi usaha mengenal pasti peluang berpotensi bagi pembangunan sedia ada dan akan datang, pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, perkongsian kepakaran serta penilaian daya maju projek secara bersama.
Menerusi MoU ini, kedua-dua pihak akan menggabungkan kepakaran dan keupayaan masing-masing dalam meneroka potensi pelaksanaan DCS dan penyelesaian sistem penyaman udara yang bersesuaian, tertakluk kepada hasil kajian serta penilaian teknikal dan komersial.
Kerjasama ini diharap dapat membuka ruang kepada penerokaan penyelesaian sistem penyejukan yang lebih cekap, di samping menyokong keperluan pembangunan pada masa hadapan.



