Syarikat Majuperak Berhad (SMB) bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan PEAK Education telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru pada 22 September 2026.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor yang menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara ketiga-tiga pihak.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas jaringan strategik dan mewujudkan peluang yang memberi nilai tambah kepada pembangunan negeri Perak.



