Dimaklumkan bahawa Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd., yang terlibat dalam operasi pengurusan sisa pepejal di Daerah Manjung dan Kerian, tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan korporat dengan Majuperak Holdings Berhad.
Untuk makluman, pada 22 Mei 2026, Majuperak Holdings Berhad telah memperoleh perintah mahkamah bagi mengarahkan pengeluaran penggunaan nama “Majuperak” daripada nama korporat Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengaitkan sebarang urusan, operasi, liabiliti atau aktiviti syarikat tersebut dengan Majuperak Holdings Berhad.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang mungkin timbul daripada perkara ini.




