Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah mengadakan Sesi Minum Petang Bersama Pemegang Saham pada 9 Mei 2026 bertempat di 1969 D’Kelly Hotel sebagai platform menghargai sokongan berterusan para pemegang saham terhadap perkembangan dan hala tuju syarikat.
Sesi ini memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk berkongsi pencapaian semasa, perkembangan projek-projek strategik serta perancangan masa hadapan MHB dalam memperkukuh pertumbuhan syarikat secara mampan.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif PKNPk merangkap Pengerusi Eksekutif MHB, Datuk Redza Rafiq bersama barisan pengurusan kanan MHB dan para pemegang saham.
Selari dengan sambutan ulang tahun ke-50 MHB pada tahun ini, sesi seperti ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkukuh hubungan strategik bersama para pemegang saham melalui komunikasi yang telus, profesional dan berterusan.
Terima kasih kepada semua pemegang saham atas kepercayaan dan sokongan yang terus diberikan kepada Majuperak.




