Majlis santai – santai open day ardea

Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah mengadakan Majlis Santai-Santai Open Day Ardea yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak bersama barisan pengurusan Majuperak Holdings Berhad (MHB) yang diketuai oleh Ketua Eksekutif PKNPk merangkap Pengerusi Eksekutif MHB, Datuk Redza Rafiq.

Majlis ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri perkembangan projek di tapak, selari dengan pendekatan keterbukaan dan ketelusan dalam pelaksanaan pembangunan.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM142 juta yang merangkumi 601 unit kediaman termasuk 80 unit di bawah Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Taman Tasik Ardea terus menjadi antara pembangunan strategik yang menyokong keseimbangan antara harga, kualiti dan keupayaan pemilikan.

Terletak berhampiran Stesen ETS Batu Gajah dengan jaringan jalan raya yang baik ke Ipoh, Lumut dan Seri Iskandar, pembangunan ini turut menyokong mobiliti harian serta pertumbuhan ekonomi setempat.

Majuperak kekal komited dalam membangunkan komuniti yang lebih selesa, mampan dan berdaya huni demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.