Kunjungan Hormat ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Perak.

Satu sesi kunjungan hormat ke atas Dato’ TPj Ahmad Sabri bin Mohamed, Pengarah SPRM Negeri Perak telah diadakan dengan tujuan memperkenalkan Encik Muhammad Yazurin Sallij, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB yang baharu.

Dalam kunjungan hormat ini, MHB dan SPRM ingin menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan mengadakan program kesedaran berkaitan integriti untuk warga kerja MHB secara berkala dan berkesan. Disamping itu, kedua – dua belah pihak turut melihat kerjasama menjangkaui bidang professional antara warga kerja seperti penglibatan dari sudut kepimpinan, “work life balance” dan lain – lain lagi.

Turut bersama dalam sesi kunjungan tersebut ialah Encik Md Shaizatul Azam bin Che Soda, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat dan Puan Azmaria binti Azman dari Unit Integriti MHB.