News & Events



MHB Championing Sustainability Journey in Perak


Majuperak Holdings Berhad, syarikat berkait kerajaan (GLC) pertama di Negeri Perak menjadi ahli United Nations Global Compact Network Malaysia - Brunei, satu entiti berkait kelestarian (Sustainability) bertaraf global.

Mengambil kira pelbagai isu global seperti perubahan iklim yang secara langsung menjejaskan dan memberi kesan yang ketara kepada kehidupan masyarakat, Negeri Perak tidak terkecuali. Kadar peningkatan suhu, penerimaan hujan dan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara faktor yang mendorong MHB untuk lebih fokus kepada usaha kelestarian. Semalam, MHB telah mengadakan sebuah program yang dinamakan 'MHB Championing Sustainability Journey in Perak' yang bertempat di Hotel Casuarina@Meru. Program ini telah menyaksikan sesi tandatangan sijil keahlian antara Kumpulan MHB dengan United Nations Global Compact (UNGC) Network Malaysia & Brunei oleh Tn. Syed Agil bin Syed Hashim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB dan En. Faroze Nadar sebagai Pengarah Eksekutif UNGC, serta disaksikan oleh YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) merangkap Pengerusi Eksekutif MHB.

Setakat ini, MHB telahpun mengoperasikan lebih 520 Kilowatt tenaga solar melalui pemasangan rooftop solar di 3 aset Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk ibu pejabat korporat MHB. MHB juga dalam usaha menambah pemasangan panel solar bagi menjana tenaga berjumlah 3.1 MegaWatt di sekitar negeri Perak. Perlaksanaan awal ini telah membuka ruang bagi pelestarian tenaga di negeri ini. Menjelang akhir tahun 2023, MHB turut menyasarkan pemasangan rooftop solar yang mampu menjana sehingga 10,000 kilowatt.

Sejajar dengan komitmen berterusan demi kesejahteraan rakyat di negeri Perak, program yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang dilakukan oleh MHB terhadap usaha kelestarian dan sebagai bukti menyahut seruan Kerajaan Negeri dalam pemerkasaan Pelan Perak Lestari 2030. Kerjasama yang terbentuk antara MHB bersama-sama UNGC Malaysia-Brunei, USEM dan beberapa PBT di Negeri Perak adalah satu inisiatif yang amat dihargai dan sentiasa disambut baik.


Visit Instagram


>Back to News