News & Events



SESI MENANDATANGANI PEMBIAYAAN PEMBINAAN MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB) DAN BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT)


Majuperak Holdings Berhad (MHB) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) pada hari ini telah mengadakan sesi Menandatangani Pembiayaan Pembinaan dengan jumlah kemudahan pembiayaan bernilai RM22 juta.

MHB telah bertindak secara progresif dan memainkan peranan yang luas untuk memberi keyakinan kepada para pembeli menerusi pembangunan dan perkembangan Rumah Perakku, serta projek-projek perumahan lain yang bakal dijalankan pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, inisiatif ini adalah bertepatan dengan usaha Syarikat bagi mendokong visi dan misi Kerajaan Negeri dalam sektor perumahan mampu milik, demi menyahut aspirasi dan agenda mensejahterakan rakyat Negeri Perak.

Sesi tandatangan tersebut telah disempurnakan oleh Tn. Syed Agil bin Syed Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB dan En. Mohd Hamka Abd Rani, Senior Vice President (Corporate & Commercial) Bank Rakyat. Ianya turut disaksikan oleh YB Pn. Sandrea Ng Shy Ching selalu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif MHB, serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan & Hartanah Perak, En. Mohamed Akmal bin Dahalan bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bangunan PerakĀ DarulĀ Ridzuan.


Visit Instagram


>Back to News