News & Events



MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023


Majuperak Holdings Berhad (“MHB”) telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat MHB pada hari ini, Isnin, 31 Julai 2023 di Dewan Terbuka Bazar Ipoh. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Tn. Syed Agil bin Syed Hashim dan diiringi oleh Ketua Pegawai Kewangan MHB, En. Ahmad Izral bin Abdul Karim.

Majlis hari ini berlangsung dengan beberapa acara seperti, pengibaran bendera Malaysia diiringi nyanyian lagu Jalur Gemilang, tontonan video “Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu” dan persembahan deklamasi sajak bertajuk 31 Ogos Tiba Lagu.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini menunjukkan semangat patriotisma warga kerja MHB dalam menyokong usaha Kerajaan mengeratkan perpaduan rakyat melalui program Bulan Kemerdekaan Malaysia Madani. Sesuai dengan tema Hari Merdeka 2023 iaitu "Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" majlis ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, persefahaman, kemesraan dan kerjasama sesama warga MHB.

Tn Syed Agil dalam ucapan beliau menyeru kepada seluruh warga kerja MHB utk terus menyemarakkan semangat kemerdekaan dan menghayati semangat kebersamaan dan perpaduan demi kejayaan.


Visit Instagram


>Back to News