News & Events



MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB) & MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPK) BAGI PROJEK PEPASANGAN PANEL SOLAR PV DI BAWAH SKIM PEMETERAN TENAGA BERSIH (NEM) 3.0


Majuperak Holdings Berhad (“MHB”) pada Selasa, 30 Ogos 2022 telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi pelaksanaan projek pepasangan panel solar PV di 20 buah masjid di Daerah Zon 2, Negeri Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Nizran Noordin berkata, “Pepasangan panel-panel solar ini akan dilakukan secara percuma tanpa sebarang kos yang akan dikenakan kepada kesemua 20 masjid.” Dengan ini, membuktikan komitmen MHB yang berusahasama dengan USEM dalam memastikan masjid-masjid yang terlibat dapat meneruskan agenda Tenaga Boleh Baharu (TBB) sepertimana aspirasi kerajaan Negeri Perak.

Dalam pada itu, MAIPk ternyata yakin akan kemampuan MHB dalam menjayakan usaha murni projek pepasangan solar PV kepada masjid-masjid yang terlibat kali ini. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, En. Shahrul Azam bin Shaari dalam ucapan beliau berkata, “Dengan pemasangan NEM ini, kesemua masjid yang terlibat akan mendapat penjimatan berkeseluruhan anggaran sekitar RM54,556.12 untuk tempoh setahun.”

Majlis pada hari ini juga telah menyaksikan Pengerusi USEM, Tuan Hj Ahmad Ishak bin Haron menyampaikan replika cek sumbangan wakaf tunai bernilai RM10,000 kepada Wakaf Ar Ridzuan Perak yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.

Majlis pemeteraian MoU yang diadakan di Hotel Casuarina@Meru ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, En. Nizran bin Noordin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, En. Shahrul Azam bin Shaari serta disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini selaku Yang Dipertua MAIPk, dan YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif MHB merangkap Ketua Eksekutif PKNPk.

MHB berharap agar usahasama yang dijalankan ini mampu memberikan manfaat untuk setiap masjid yang terlibat.

Visit Instagram


>Back to News