News & Events



KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS JABATAN MINERAL & GEOSAINS MALAYSIA NEGERI PERAK


Satu sesi kunjungan hormat ke atas Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Perak (JMG Perak) telah diadakan pada 4 Oktober 2022 bertempat di Dewan Granit, Jabatan Mineral dan Geosains Perak. Encik Mat Niza Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Geosains JMG Perak & Puan Nurul 'Amalina Binti Dato Md Nor, Penolong Pengarah JMG Perak telah mewakili JMG Perak pada sesi kunjungan tersebut.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak daripada MHB dan JMG Perak telah berbincang mengenai perancangan pembangunan kawasan Tasik Cermin, Ipoh sebagai lokasi GeoPark yang diiktiraf oleh Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) sekaligus sesuai untuk dimajukan sebagai pakej laluan Geopelancongan atau Geotrail bagi menarik kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Turut bersama dalam sesi kunjungan tersebut ialah wakil-wakil daripada MHB dan STG Sdn. Bhd.



Visit Instagram


>Back to News