News & Events



KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN, YB PUAN SANDREA NG SHY CHING


Satu sesi kunjungan hormat kepada YB Puan Sandrea Ng Shy Ching selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan pada 23 Februari 2023 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Dalam kunjungan tersebut, Tn. Syed Agil bin Syed Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majuperak Holdings Berhad (MHB) memberikan penerangan mengenai beberapa cadangan projek perumahan kepada YB Sandrea. Selain itu, pihak MHB telah mengambil peluang lawatan ini bagi berbincang dan memberi cadangan mengenai pembangunan perumahan Rumah Mampu Milik dan Rumah Perakku, serta memaklumkan berkenaan potensi MHB menjadi rakan strategic untuk 60 projek EPU di Perak.
Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut ialah En. Helmy Iskandar bin Nofan, Pengurus Besar Pembangunan Hartanah dan Infrastruktur MHB dan En. Zafril Mohd Eusoff, wakil daripada Pengurusan Kerajaan & Pihak Berkepentingan Perbadanan Kemajuan NegeriĀ PerakĀ (PKNPk).

Visit Instagram


>Back to News