News & Events



KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH (LPHP) NEGERI PERAK


Sesi kunjungan hormat kepada En. Mohamed Akmal bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan & Hartanah (“LPHP”) oleh Tn. Syed Agil bin Syed Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majuperak Holdings Berhad (“MHB”) telah diadakan di Pejabat LPHP, Bandar Meru Raya pada Rabu, 15 Mac 2023 yang lepas.

Dalam sesi kunjungan tersebut, MHB dan LPHP sama-sama telah mengambil peluang bagi berbincang mengenai beberapa perkara penting antaranya:   
      
  1. Cadangan Pembangunan Kota Malim Prima, Tanjung Malim
  2. Cadangan Pembangunan Skim Perumahan Trong Bakti, Taiping
  3. Cadangan Skim Perumahan Bandar Tasik Idaman, Mukim Sungai Terap, Batu Gajah
  4.   
Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah En. Helmy Iskandar bin Nofan, Pengurus Besar Pembangunan Hartanah & Infrastruktur MHB, En. Nor Azman bin Zulkifli, Ketua Jabatan Pengurusan Aset & Fasiliti MHB dan En. Abd Aziz bin Abd Rahim, Pengarah, Jabatan Perhubungan Kerajaan & Pihak Berkepentingan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak - LPHP

Visit Instagram


>Back to News