News & Events



SESI KUNJUNGAN HORMAT DARI UDA HOLDINGS BERHAD DAN UDA DAYAURUS SDN BHD


Majuperak Holdings Berhad telah menerima kunjungan hormat daripada UDA HOldings Berhad dan UDA Dayaurus Sdn Bhd bagi menjalinkan kerjasama strategik di dalam menjalankan perniagaan khususnya sektor pengurusan fasiliti, pembangunan hartanah dan sektor tenaga boleh diperbaharui. Kunjungan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi UDA Dayaurus Sdn Bhd, En Hasnizi bin Pauzi serta pegawai pengurusan UDA Holdings Berhad dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Tuan Syed Agil bin Syed Hashim. Kedua-dua pihak telah membentangkan profil syarikat dan teras perniagaan masing2 di dalam mengenalpasti sebarang jalinan kerjasama yang dapat dijalankan oleh kedua-dua syarikat GLC ini. Turut hadir bersama di dalam sesi kunjungan hormat ini pegawai dan kakitangan dari Pengurusan Aset dan Fasiliti MHB serta pegawai dari Unit Tenaga Boleh Diperbaharui.

Visit Instagram


>Back to News