News & Events



KUNJUNGAN HORMAT OLEH BOUSTEAD TECHNOLOGY


Lawatan kerja ke Bazar Ipoh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Technology, En. Ir Azril Hisham, telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Januari 2023. Turut serta dalam lawatan ini ialah En. Syahrul Azizul Jaapar, Ketua Projek Boustead Technology dan En. Izuan Hafiz, Director Go to U Cyberjaya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Tn. Syed Agil bin Syed Hashim dan Ketua Pegawai Strategi MHB, Tn. Hj. Nooryusazli Yusoff, bersama-sama beberapa pegawai dari Divisyen Strategi Korporat & Pembangunan Peniagaan telah mengiringi pihak Boustead Technology bagi melawat tapak di sekitar premis Bazar Ipoh. Pihak Boustead Technology telah melahirkan hasrat dan minat untuk menerokai peluang-peluang perniagaan dan membuka electrical vehicle charging stations di Negeri Perak. Lawatan seterusnya disambung dengan perbincangan selanjutnya dan lawatan ke Brewster Village, Wisma Majuperak dan Tasik CerminĀ Geo-park.

Visit Instagram


>Back to News