News & Events



PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP MHB 2022


Pertandingan Badminton Tertutup MHB 2022 buat julung kalinya telah diadakan. Ini merupakan satu usaha murni oleh Divisyen Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran MHB bagi mengeratkan hubungan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan MHB. Pertandingan yang diadakan pada Sabtu, 10 Disember 2022 di dewan badminton YMCA telah disertai oleh 20 orang kakitangan dari pelbagai jabatan dalam MHB. Terdapat 2 buah acara telah dipertandingkan iaitu: 1. Terbuka Lelaki 2. Terbuka Wanita Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohamad Hisham bin Abdul Majid, Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran.

Visit Instagram


>Back to News