News & Events



PROGRAM CSR 2022: MHB SAY-HEART


Sejajar dengan komitmen berterusan demi kesejahteraan rakyat, Majuperak Holdings Berhad (MHB) dengan kerjasama beberapa organisasi dan agensi kesihatan di negeri Perak telah mengadakan satu program Corporate Social Responsibility (CSR) yang dinamakan “MHB Say-Heart”. Program yang diadakan bertempat di Bazar Ipoh yang juga merupakan lokasi Ibu Pejabat Korporat MHB ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Redza Rafiq bin Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif MHB merangkap Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) pada Rabu, 7 Disember 2022. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan asas secara percuma serta perkongsian mengenai kesihatan dan kecergasan bukan sahaja dalam kalangan warga kerja MHB, tetapi juga kepada komuniti setempat seperti para penyewa dan pengunjung Bazar Ipoh. Program MHB Say-Heart ini terbahagi kepada tiga komponen utama yang tertumpu kepada aktiviti-aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan asas secara percuma, pemeriksaan mata percuma, ujian kesihatan mental, ceramah kesihatan, sesi derma darah dan kempen derma organ. Antara agensi dan organisasi yang terlibat daripada KPJ Ipoh Specialist Hospital, Nadiah Optometry, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Klinik Kesihatan Buntong, Hospital Kuala Kangsar serta Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Majlis perasmian turut disertai oleh Tn. Syed Agil bin Syed Hashim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB serta barisan Pengurusan Tertinggi MHB.

Visit Instagram


>Back to News