News & Events



KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR & TAMAN NEGARA (PERLIHITAN) NEGERI PERAK


Satu sesi kunjungan hormat ke atas Jabatan Perhilitan Negeri Perak telah diadakan pada 7 Oktober 2022 bertempat di Pejabat Perhilitan, Wisma Persekutuan, Ipoh. Tuan Haji Yusoff bin Shariff, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Perak & Puan Nor Hani binti Abdul Samat, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Perak telah mewakili Jabatan Perhilitan Perak pada sesi kunjungan tersebut. Dalam kunjungan tersebut, kedua-kedua pihak daripada MHB dan Jabatan Perhilitan telah berbincang mengenai langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil dalam pembangunan Tasik Cermin, Ipoh terutamanya pada spesifikasi haiwan-haiwan liar yang berada di lokaliti Tasik Cermin. Turut bersama dalam sesi kunjungan tersebut ialah wakil-wakil daripada warga kerja dan pengurusan MHB.

Visit Instagram


>Back to News