News & Events



MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD & MAJLIS BANDARAYA IPOH BAGI PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN EKO-PELANCONGAN TASIK CERMIN, IPOH


Kesinambungan daripada lawatan tapak yang telah dijalankan pada 7 Julai 2022, sesi menandatangani MoU antara Majuperak Holdings Berhad (“MHB”) dan Majlis Bandaraya Ipoh (“MBI”) bagi projek Pembangunan di Kawasan Eko-Pelancongan Tasik Cermin, Ipoh diadakan pada hari ini yang bertempat di Dewan Azlan, Bangunan MBI. MHB bersama rakan strategik, STG World Sdn. Bhd. telah ditawarkan kontrak konsesi bagi projek pembangunan dan pengoperasian Tasik Cermin selama 18 tahun. Pengurusan operasi di Tasik Cermin ini telah bermula pada 11 Ogos 2022. Usaha ini adalah untuk menambahbaik dan memodenkan infrastruktur, disamping mengekalkan persekitaran semulajadi Tasik Cermin. Projek ini dijangka akan menjadikan Tasik Cermin sebagai salah satu tarikan dan destinasi utama pelancongan di Ipoh.

Visit Instagram


>Back to News