News & Events



KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERAK


Satu sesi kunjungan hormat ke atas Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak telah diadakan pada 6 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Perak. Lt. Kol. (PA) Mohammad Azwani bin Kushin, Timbalan Pengarah APM Perak, Kapt. (PA) Norazlan bin Turiman, Penolong Pegawai Pertahanan Awam Cawangan Pengurusan Angkatan, Staf Muda (PA) Izdzuan bin Ahmad Nazri, Pembantu Pertahanan Awam & Lt. Muda (PA) Muhamad Yusri bin Ismail, Unit PRO APM Perak telah mewakili APM Perak pada sesi kunjungan tersebut. Dalam kunjungan tersebut, kedua-kedua pihak daripada MHB dan APM Perak telah berbincang mengenai langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil dalam pembangunan Tasik Cermin, Ipoh sekaligus meminta khidmat nasihat dan kerjasama daripada JPAM dalam urustadbir keselamatan lokasi. Pihak APM Perak telah persetujui untuk menjalankan sebuah sesi khas Latihan dan Nasihat kepada warga kerja dan pengurusan Tasik Cermin, Ipoh. Turut bersama dalam sesi kunjungan tersebut ialah wakil-wakil daripada warga kerja dan pengurusan MHB.

Visit Instagram


>Back to News