News & Events



SESI MENANDATANGANI PERJANJIAN LANGGANAN SAHAM ANTARA MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD DENGAN PERAK AGRO CORPORATION SDN. BHD.


16 Mac 2022 - Satu sesi menandatangani perjanjian di antara Majuperak Holdings Berhad (‘’Majuperak’’) dan Perak Agro Corporation Sdn Bhd (‘’Perak Agro’’), anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (‘’PPPNP’’) telah diadakan secara ringkas pada 16 Mac 2022.

Susulan daripada penamatan Perjanjian Langganan Saham oleh syarikat induk Perak Agro iaitu PPPNP yang dibuat pada 5 Oktober 2021 yang lalu untuk langganan 58.87 juta saham biasa baharu mewakili kira-kira 20% daripada saham sedia ada Majuperak pada harga terbitan RM0.335 sesaham, perjanjian yang sama telah dibuat dengan Perak Agro dengan jumlah langganan sebanyak 28.43 juta saham biasa baharu mewakili kira-kira 10% daripada saham sedia ada pada harga terbitan RM0.335 sesaham mengikut terma dan syarat.

Dalam acara yang sama, satu perjanjian Cadangan Penyelesaian atas Pinjaman yang diberikan oleh Perak Agro yang bakal dijelaskan melalui terbitan saham di atas turut ditandatangani sebagai jaminan pembayaran balik.

Sesi ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majuperak, En. Nizran bin Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Tuan Haji Yahanis bin Yahya, Ketua Pegawai Kewangan Majuperak, En. Ahmad Al-Hadi bin Abdul Khalid, Ketua Pegawai Kewangan PPPNP, En. Asrol Azam bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Majuperak, Encik Nooryusazli bin Yusoff, dan Ketua Pegawai Operasi PPPNP, Mohd Kahar bin Mukktarudin.

Visit Instagram


>Back to News