News & Events



LAWATAN TAPAK DI MUKIM HULU BERNAM TIMUR, DAERAH MUALLIM, PERAK


15 Mac 2022 - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, En. Nizran bin Noordin telah mengadakan lawatan tapak di Lot 16287, Mukim Hulu Bernam Timur, Daerah Muallim, Perak berdekatan kawasan Kampung Kelawar bersama GFM Services Berhad (GFM) pada 15 Mac 2022.

Lawatan ini dijalankan bagi meninjau tapak cadangan untuk dibangunkan sebagai Kawasan Hentian Rehat berhubung Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hala utara yang bakal dihasilkan atas cadangan kerjasama antara Majuperak dan GFM. Projek ini bukan sahaja mampu dinikmati penduduk negeri Perak malah bagi sesiapa yang menggunakan laluan lebuh raya tersebut.

Dihadiri oleh Penasihat Korporat GFM, Encik Zakir Basree, Pengurus Projek GFM, Encik Sarvin Raj Suparmaniam, serta barisan pegawai Divisyen Tanah dan Divisyen Pembangunan Hartanah & Infrastruktur Majuperak.

Visit Instagram


>Back to News